10 Kesilapan Sering Dilakukan Dropship Baru

Bisnes dropship antara bisnes paling popular di Malaysia pada masa ini kerana ia mudah dilakukan walaupun anda tiada modal untuk mula berniaga. Tetapi walaupun mudah, ia tetap mempunyai risiko sekiranya tidak dijalankan dengan  betul misalnya anda terpaksa bayar kos lebih sekiranya menggunakan iklan berbayar di internet tetapi keuntungan sangat rendah, pendek kata tak balik modal.

Jadi di sini Belalang senaraikan 10 kesilapan sering dilakukan dropship baru. Tak kisahlah anda dropship baju kurung, dropship tudung terkini, dropship dress murah, dropship gadget, dropship barang elektronik atau apa-apa dropship sekalipun, tips ini mungkin membantu anda samada baru bermula atau baru nak bermula.

10 kesilapan sering dilakukan dropship baru

10 kesilapan sering dilakukan dropship baru

Jom kita lihat satu persatu apakah kesilapan yang sering dilakukan oleh agent dropship Malaysia ini-

1. Produk Tiada Permintaan

Kadang-kala, anda merasakan seperti barang yang ingin anda jual tersebut adalah barang yang ‘hot’ atau mendapat permintaan. Tetapi rupanya tidak. Oleh itu anda mesti membuat kajian apakah barang yang sedang mendapat permintaan supaya anda tidak terlalu bersusah payah dalam melakukan promosi. Cara untuk mengetahui apakah barang yang sedang panas di pasaran, anda boleh melakukan kajian sendiri samada menggunakan google trends atau melalui forum-forum perniagaan seperti wangcyber dan sebagainya.

2. Salah Kira-kira

Katakan anda menjadi dropship kepada tudung. keuntungan yang anda dapat dari satu jualan tudung tersebut adalah RM10. Anda mendapatkan jualan adalah melalui iklan berbayar seperti Facebook Ads atau Google Ads. Anda perlulah mengambil kira berapa kos yang diperuntukan untuk iklan tersebut bagi mendapat jualan. Ada sesetengah agen dropship, sangat tinggi jualannya melalui iklan, tetapi apabila ditolak tambah, akhirnya bukan semakin untung tetapi semakin rugi.

3. Salah Pilih Pengedar

Pastikan penjual yang anda pilih untuk menjadi agen dropship tersebut adalah penjual yang boleh dipercayai. Ini kerana anda boleh jumpa begitu ramai penjual yang menawarkan bisnes dropship. Sudah pasti ada diantaranya yang tidak boleh dipercayai dan akan mengambil kesempatan kepada agen dropship yang baru. Jadi hati-hati memilih penjual.

4. Tidak Konsisten Lakukan Promosi

Sememangnya bisnes dropship selalunya modal adalah kosong tetapi keuntungan adalah 100 peratus. Jika anda ingin merasakan pendapatan yang stabil dan berpanjangan di internet, konsistenkan apa yang anda lakukan. Katakan satu setiap hari anda mampu menjual satu barang yang keuntungan bersih adalah RM10. Jika di darab dengan 30 hari, pendapatan anda adalah RM300. Jika anda rajin sedikit lakukan promosi dan mampu mendapat jualan sehari RM20. Sebulan dah RM600. Rajin lagi, lagi la banyak 🙂

5. Tidak Pandai Hasilkan Ayat Jualan

Kebanyakan barang dropship sudah disediakan segala-galanya kepada anda seperti gambar, ayat jualan dan sebagainya. Tetapi sekiranya anda mempunyai kemahiran melakukan ayat jualan tersendiri, anda pastinya akan kelihatan menyerlah berbanding agen dropship yang lain.

6. Potong Harga

Potong harga atau menurunkan harga sesuatu harga lebih daripada harga pasaran sebenarnya membunuh pasaran produk tersebut. Dalam bersaing sesama agen dropship, anda mungkin boleh melakukan perkara yang lebih kreatif tanpa memotong harga seperti memberi sesuatu barang percuma jika beli dari anda tanpa perlu anda turunkan harga.

7. Tidak pandai follow up

Biasanya pembeli yang berminat akan bertanyakan soalan kepada agen dropship sebelum memutuskan untuk membeli. Ada kalanya mereka akan meminta tempoh untuk berfikir dan sebagainya. Jika anda tidak bijak dalam melakukan follow up, kemungkinan besar anda akan kehilangan pelanggan tersebut. Anda perlu mahir dalam perkara ini.

8. Tidak Menyimpan Data Pelanggan

Data pelanggan adalah sesuatu yang sangat berharga oleh mana-mana penjual sekalipun. Dengan adanya data pelanggan, di masa akan datang anda tak perlu lagi bersusah payah mencari pembeli baru. Anda boleh menjual kepada pelanggan yang sama berkali-kali asalkan produk yang anda promosikan itu adalah yang berkaitan dengan apa yang pernah dibelinya sebelum ini.

9. Lambat Respon

Walau sesibuk mana pun anda, pastikan anda tidak lewat untuk menjawab setiap soalan daripada pelanggan-pelanggan anda. Seperti Belalang katakan sebelum ini di internet sangat luas saingannya. Sekiranya anda lambat, mungkin pelanggan akan beralih kepada agen dropship yang lain. Jika anda memang seorang yang sibuk, mungkin boleh mengupah seorang pekerja bagi melancarkan urusan sekiranya margin keuntungan anda besar.

10. Tiada Ilmu Tentang Dropship

Ini adalah point paling penting. Jika anda tiada ilmu dan pengetahuan tentang selok-belok dropship yang betul, mungkin bisnes dropship yang anda bayangkan indah pada awalnya akan bertukar menjadi mimpi ngeri. Oleh itu, dapatkan ilmu tentang dropship sebanyak mungkin dari  bacaan juga bertanyakan kepada mereka yang lebih berpengalaman dan arif

Itulah sepuluh kesilapan yang biasa dilakukan oleh agen dropship yang baru.

Tetapi anda beruntung kerana ada 3 orang sifu yang sanggup kongsikan pengalaman mereka dan mengajar anda bagaimana membuat dropship hingga berjaya seperti mereka.

Yang bestnya mereka ajar anda bagaimana membuat dropship dipasaran international! bayangkan berapa luas pasaran luar sana jika dibandingkan dengan Malaysia yang hanya mempunyai penduduk sekitar 28 juta penduduk. Pasti ia lebih menguntungkan, betul tak?

jom berkenalan dengan mereka bertiga di sini –>> (KLIK SINI)

Terima kasih kerana membaca

Incoming search terms:

  • dropship malaysia dipercayai (108)
  • dropship gadget malaysia (11)
  • dropship gadget (2)
  • berapa keuntungan dropship (1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close