Rotan Tak Boleh | Bawa Pistol Ke Sekolah Dibenarkan?

Baru-baru panas di media-media massa dan juga dunia internet dengan cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tentang rotan tak boleh. Tetapi di negara lain, ada cikgu yang dibenarkan membawa pistol ke sekolah!

Mengapa dan apakah sebabnya guru-guru ini di benarkan membawa pistol ke sekolah? nakal sangatkah murid-murid di sana?

Gambar carian Google

Gambar carian Google

Pelik tetapi itulah yang berlaku di negara ini.

Di Islambad, Timur Laut Pakistan, guru-guru disekolah ini akan dibenarkan membawa pistol ke sekolah susulan serangan berdarah yang dilancarkan pejuang Taliban dan meragut kira-kira 145 nyawa di bandar Peshawar pada bulan lalu.

Gambar dari Sinar Harian

Gambar dari Sinar Harian

Menteri Pendidikan wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Atif Khan memberitahu mereka akan memberikan permit kepada guru yang mahu membawa senjata api.

Difahamkan, pihak berkuasa sudah mula memberi latihan berkaitan prosedur dan cara untuk mengendalikan pistol kepada para guru sejak minggu lalu.

Rupanya membawa pistol ke sekolah merupakan sebagai langkah mempertahankan diri daripada serangan Taliban.

Harapnya cikgu-cikgu ini tahu di mana dan bila mereka perlu mempertahankan diri gunakan senjata. Jangan nanti budak-budak bising dalam kelas pun cikgu ini siap acu pistol!

– Sinar Harian

Facebook Comments
Close