Imej Spongebob Squarepants Dalam Perut Kanak-Kanak

Kedengaran seperti kelakar tetapi itulah yang terjadi apabila seorang doktor di Hospital Universiti di Jeddah menemui imej Spongebob Squarepants dalam perut kanak-kanak.

Memetik seperti yang dilaporkan oleh portal Metro.co.uk, doktor yang merawat kanak-kanak berkenaan, Dr Ghofran Ageely Raja Abdulaziz berkata, pin tersebut sebenarnya loket yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut.

image_2

“Menerusi imbasan X-Ray, apa yang boleh kita lihat adalah sekeping loket kecil yang agak nipis, ia kelihatan seperti pin. Saya hampir menjerit apabila melihat objek tersebut dengan lebih dekat.

“Saya kagum dengan butiran jelas yang boleh kita lihat. Kalau kita teliti dari imbasan tersebut, kita boleh lihat kasut, mata dan wajah Spongebob yang sedang tersenyum; berada dalam perut kanak-kanak ini,” katanya seperti yang dipetik menerusi sebuah kiriman e-mel.

Menurut portal itu lagi, doktor telah berjaya mengeluarkan loket tersebut dan kanak-kanak tersebut dibenarkan pulang ke rumahnya.

Facebook Comments
Close