Sinopsis & Video Trailer Filem Longkai

Pasti anda dah pun melihat iklan filem Longkai yang akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara pada 10 Oktober 2013 ini.

Filem arahan Hashim Rejab, terbitan MIG Pictures Sdn. Bhd. bergenre aksi dan percintaan.

Sinopsis & Video Trailer Longkai

Sinopsis & Video Trailer Longkai

Filem ini berdurasi 105 minit dan telah diklasifikasikan sebagai tontonan umum. Dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Erra Fazira, Wawa Zainal, Pierre Andre dan ramai lagi.

Sinopsis filem Longkai

Mengisahkan tentang geng-geng longkai (tonto) yang sering berebut untuk mendapatkan bisnes. Eddie dan Bada merupakan pasangan adik beradik longkai. Mereka berdua akan menghantar kenderaan yang ditarik mereka ke bengkel Rimau, seorang wanita berjiwa besi. Dalam diam-diam Rimau menaruh hati pada Bada.

Mojo dan Bayam merupakan musuh tradisi Eddie dan Bada. Mojo lebih rela mati dari bekerjasama dengan mereka. Namun adik perempuannya, Soraya sengaja menempah bahaya kerana dia dan Eddie bercinta senyap-senyap. Zarina, seorang wanita misteri sering mengunjungi bengkel Rimau.

Kehadiran Zarina banyak mengubah hubungan Eddie dan Bada membuatkan Rimau mengesyaki apakah sebab sebenarnya Zarina muncul. Kemesraan Zarina dan Bada juga mengundang cemburu Rimau. Mojo pula semakin geram kerana segala projek jahatnya akan dipatahkan oleh geng Eddie. Mojo mahu balas dendam dan meminta bantuan Naga, taiko terkenal. Towtruck Eddie dilanyak habis-habisan.

Adakah Eddie terselamat? Siapakah Zarina sebenarnya?

Di bawah ini pula adalah sedutan trailer daripada filem ini-

Facebook Comments
Close