4 Menu Sarapan Pagi Yang Tinggi Kalori

Ada tak antara pembaca blog ini yang keluar bekerja setiap hari tanpa mengambil terlebih dahulu sarapan pagi? Sebenarnya sarapan pagi penting untuk kita.

Tetapi tahu tak anda yang sesetengah sarapan yang kita ambil di waktu pagi sebenarnya mempunyai kalori yang sangat tinggi?

4 Sarapan Pagi Yang Tinggi Kalorinya

Roti canai. Carian Google

Di bawah ini Belalang senaraikan 4 menu sarapan yang mempunyai kalori yang sangat tinggi. Sumber untuk info ini Belalang perolehi daripada Yahoo News!

Roti canai

Roti canai memang makanan yang sedap, garing dan murah. Ramai yang lebih suka memilih roti canai kerana cepat, ringkas dan mudah apabila dihidang mahupun dimakan. Menurut kajian Sekeping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Tetapi jika anda mengambil dua keping roti canai, ia menjadi 600 kalori. Semestinya, lebih tinggi kalori maka lebih banyak yang perlu anda menghabiskan masa selama 90 minit berlari untuk membakar 600 kalori. Tip terbaik adalah memilih tosai atau capati kerana kandungan lemak dan minyak kurang sedikit berbanding roti canai.

Nasi lemak

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia tapi pernahkah anda terfikir bahawa nasi lemak sahaja sudah 390 kalori dan mustahil anda tidak menambah lauk seperti sambal, telur rebus, ikan bilis dan kacang. Jadi, hidangan lengkap di atas pinggan anda adalah lebih kurang berjumlah 450-500 kalori. Ini belum termasuk lagi ayam goreng (240 kalori) mahupun sambal sotong (170 kalori). Anda masih boleh menikmati nasi lemak tetapi kurangkan campurannya. Untuk lebih mudah, anda masak sendiri nasi lemak tanpa guna santan dan lebihkan sayur-sayuran sebagai tambahan.

Teh tarik

Tentunya teh tarik yang lebih pekat atau kaw kaw lebih sedap untuk diminum. Susu penuh krim adalah penyumbang utama minuman anda menjadi lebih sedap. Sebenarnya, susu pekat tidak elok untuk kesihatan anda. Biarpun ia merupakan sumber kalsium tetapi kandungan lemaknya agak tinggi. Satu sudu pekat manis biasanya mengandungi 60 kalori. Oleh demikian, anda boleh menggantikan dengan mengurangkan kandungan lemak atau rendah lemak.

Burger

Jangan terkejut apabila ada ramai yang memilih makanan barat ini sebagai menu untuk sarapan. Tidak dinafikan, burger memang tinggi kalori. Satu hidangan burger biasanya mengandugi 475 kalori. Tanpa keju, sos cili, mayonis, telur dan pelbagai sos lagi bukanlah burger lagi, suku cawan mayonis sahaja mengandungi 360 kalori (40g lemak). Ini belum termasuk kentang goreng anda lagi. Kalori pasti bertambah-tambah.

Menu sarapan di atas memang menu biasa yang kita ambil setiap harikan? sebab itulah makanan-makanan ini perlu diambil hanya pada waktu pagi. Memandangkan kalorinya tinggi, jadi kita perlu banyak bergerak untuk membakarnya.

Tetapi sekarang ni menu-menu diatas ni boleh diperolehi bila-bila masa termasuk waktu malam. Habis, macam mana tu? 🙂

Terima kasih kerana membaca…

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • resepi sarapan pagi (41)
  • makanan tinggi kalori (40)
  • menu sarapan pagi (18)
  • makanan kalori tinggi (15)
  • makanan yang tinggi kalori (11)
  • resepi sarapan pagi ringkas (11)
Close