Video Terbaru Raksasa Loch Ness Berjaya Dirakam?

Masih ingatkah anda kepada Nessie? Mahkluk yang dikatakan mendiami tasik Loch Ness dan kononnya gambarnya pernah dirakam sekitar tahun 1930? Misteri mengenai makhluk ini kembali diperkatakan baru-baru ini apabila seorang jurugambar amatur berjaya merakam satu pergerakan gelombang yang pelik di tasik Loch Ness.

Pada awalnya David Elder merakam gambar angsa di tasik tersebut apabila secara tidak sengaja melihat satu gelombang yang agak pelik.

Raksasa Loch Ness Ogos 2013

Raksasa Loch Ness Ogos 2013

Menurut David, ia seakan ada sesuatu benda berwarna hitam di bawah air. Walaupun berjaya merakam video kejadian tersebut, malangnya tiada makhluk atau imej Nessie berjaya dirakam.

Video ini kembali menjadi berdebatan hangat di internet. Ada yang mendakwa ia hanya gelombang. Sementara ada pihak lain yang percaya tentang wujudnya makhluk misteri di tasik itu.

Apa-apa pun cerita mengenai Nessie di tasik Loch Ness akan tetap diingati dan diperkatakan oleh orang ramai sampai bila-bila.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • raksasa loch ness (33)
Close