Review Rahsia Bina Produk Jenama Sendiri

Memiliki produk jenama sendiri sememangnya menjadi idaman setiap usahawan. Tetapi rata-ratanya tidak tahu bagaimana proses dan cara yang betul dalam mengeluarkan produk jenama sendiri.

Baru-baru ini Belalang telah membeli sebuah ebook bertajuk ‘Rahsia bina Produk Jenama Sendiri’ hasil penulisan saudara Mohd Ilham Rusli.

Rahsia Hasilkan Produk Jenama Sendiri

Beliau berpengalaman selama 8 tahun dalam bidang perniagaan dan memiliki 7 produk jenama sendiri. Ebook ini ditulis dengan tujuan agar lebih banyak usahawan yang memiliki produk jenama sendiri pada masa akan datang.

Ebook setebal 30 muka surat ini menerangkan dari A hingga Z dalam perjalanan menghasilkan jenama sendiri. Mengandungi 8 bab dimana meliputi 1 jalan pintas hasilkan produk, contoh-contoh idea produk, pembekal botol yang menarik serta proses-proses kelulusan KKM.

Keseluruhannya ebook ini ditulis dengan begitu ringkas dan dituju terus kepada point-point penting. Dengan itu pembaca akan dapat memahami dengan cepat cara-cara yang diterangkan.

Cumanya dalam ebook ini tidak ada contoh kos pengiraan produk. Namun Belalang rasa itu tidak menjadi masalah kerana penulis ebook ini sudi untuk memberi support kepada pembeli ebook ini selama 1 tahun. Sekiranya anda sebarang persoalan, anda boleh terus hubungi penulis ebook ini.

Rahsia Hasilkan Produk Jenama Sendiri

Ebook ini juga mempunyai jaminan pemulangan wang dalam 30 hari sekiranya anda tidak berpuas hati dengan kandungan ebook ini.

kesimpulan yang dapat Belalang beri, ebook ini tidak rugi dimiliki memandangkan harganya yang jauh begitu mudah dengan ilmu yang adan di dalamnya. Malah, 3 bonus yang diberikan oleh penulis ebook ini juga sangat-sangat menarik.

Rahsia Bina Produk Jenama Sendiri Terbongkar

Sekiranya anda berminat untuk memiliki ebook ini, sila klik pautan di atas. Malah di sana lebih banyak testimoni daripada pembeli ebook ini dapat anda baca.

Incoming search terms:

  • produk jenama sendiri (21)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close