5 Makanan Ringan Berkhasiat Untuk Diambil

Bila sebut tentang makanan ringan, perkara pertama yang terlintas difikiran tentulah tentang “tiada khasiat”. Benarkah begitu?

Mungkin selepas membaca perkongsian daripada Belalang kali ini anda akan terpaksa berfikir semula tentang betulkah makanan ringan tiada khasiat.

5 Makanan Ringan Berkhasiat Untuk Diambil

5 Makanan Ringan Berkhasiat Untuk Diambil

Dibawah ini Belalang senaraikan 5 makanan ringan berkhasiat untuk diambil. Seperti biasa, rujukan untuk tentang informasi ini Belalang perolehi dari Yahoo News!

Bertih jagung (pop corn) kurangkan risiko kanser

Menonton filem kegemaran di pawagam juga boleh menyelamatkan hidup anda. Bertih jagung sangat kaya dengan antioksida yang dipanggil ‘polyphenols’. Polyphenol ini berfungsi untuk mengurangkan risiko kanser dan pelbagai penyakit lain seperti sakit jantung. Satu hidangan bertih jagung mempunyai lebih polyphenol daripada buah-buahan dan sayuran.

Gula-gula getah makanan untuk otak

Ramai orang berpendapat gula-gula getah tidak mempunyai manfaat. Anda mungkin tidak sedar ia boleh meningkatkan daya ingatan dan prestasi otak. Bukan itu saja, anda telah mengurangkan rasa lapar dan keinginan untuk makan (terutamanya makanan ringan yang tidak mempunyai kebaikan).

Cili legakan sakit

Cili bukanlah makanan ringan namun dia juga bukan makanan untuk diet. Sesetengah cili mempunyai lebih vitamin C berbanding buah oren. Bagi yang tidak tahu, cili boleh menyembuhkan sakit perut dan juga diaplikasikan dalam tujuan perubatan hari ini. Cili selalunya digunakan di dalam ubat sapu atau balsam untuk sakit sendi. Jadi dalam perubatan, cili digunakan untuk memberi rasa hangat bagi mereka yang mengalami sakit sendi.

Gula semulajadi baik untuk gigi

Gula semulajadi ini selalunya digunakan di dalam gula-gula getah, pudina dan gula-gula yang lain kerana ia rendah kalori dan baik untuk gigi. Jika sering digunakan, plak dan asid laktik yang boleh merosakkan gigi akan berkurangan. Bukan sahaja membantu mengatasi masalah mulut, malah kanak-kanak yang mengambil Xylitol ini dua kali sehari boleh mengurangkan risiko jangkitan telinga sebanyak 25%.

Coklat baik untuk jantung

Ramai yang sedia maklum bahawa coklat boleh mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan fungsi jantung apabila diamalkan setiap hari dalam kuantiti yang secukupnya. Makan sedikit coklat mampu melembapkan kulit anda dan membuatkan wajah kelihatan licin. Selain itu, coklat juga mampu membantu anda daripada terkena sinaran UV.

Tak sangkakan, makanan ringan yang kita percaya banyak keburukkan sebelum ini rupa-rupanya tidak begitu. Silakan untuk mencuba beberapa makanan ringan daripada senarai di atas 🙂

Facebook Comments

Comments are closed.

Close