Tips Menjaga Kulit Tangan

Antara kulit wajah dan kulit tangan mana yang lebih dititik berat tentang soal penjagaan? Belalang yakin, tentu ramai yang memilih menjaga wajah. Namun begitu sebenarnya kulit tangan juga tidak kurang pentingnya dalam soal penjagaan.

Sebenarnya kulit tangan lebih mencerminkan usia seseorang berbanding kulit wajah. Kita akan menggunakan tangan dalam melakukan apa sahaja pekerjaan termasuk aktiviti lain.

Penjagaan kulit tangan

Penjagaan kulit tangan

Kulit tangan yang tidak dijaga boleh mendapat pelbagai masalah jika tidak menjaga kulit tangan anda kerana kulit tangan boleh kering, menggelupas, kulit tangan kasar, sensitif dan sebagainya.

Biasanya menggunakan losyen adalah cara paling popular digunakan. Namun begitu kali ini Belalang nak kongsikan beberapa cara lagi dalam menjaga kulit tangan. Tips menarik ini Belalang dapat dari Yahoo news-

Lembutkan kulit tangan
Lenyekkan pisang dan kemudian gaulkan dengan sedikit mentega. Lumurkan pada tangan dan urut perlahan-lahan. Biarkan sehingga kering kemudian bilas dengan air.

Guna skrub
Sediakan dua sudu oat, dua sudu air perahan lemon dan satu sudu minyak zaitun. Campurkan oat dengan ¼ air dan biarkan oat menjadi lembut. Kemudian, tambahkan air perahan lemon dan minyak zaitun. Sapukan adunan itu pada tapak tangan sambil menggosok perlahan-lahan.

Tangan sihat dengan badam
Sediakan secawan badam kisar dan satu sudu serbuk parsley. Campurkan badam dan parsley hingga sebati dan simpan dalam bekas. Ambil dua sudu campuran badam tadi dan campurkan dengan sebiji telur. Gaul sebati dan tambahkan sedikit madu. Kemudian sapukan pada tangan sambil diurut lembut dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air.

Macam mana? Banyak betul cara yang anda boleh gunakan. Cubalah mana-mana yang anda suka. Sekiranya anda inginkan kesan yang cepat, gunakan sabun vitamin A, C & E dari MZ Secret pun boleh juga kerana sabun ini sememangnya sesuai digunakan dimana-mana sahaja bahagian badan.

Untuk melihat dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang sabun ini, klik sini (wajah cantik dengan sabu vitamin)

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • kulit tangan kering (12)

Comments are closed.

Close