Undang-undang PRU | Anwar Kesal Dengan Beberapa Insiden

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa dirinya amat kesal apabila masih wujud pelanggaran peraturan pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13, semalam.

memetik seperti yang dilaporkan akhbar Sinar, bercakap pada satu sidang media di Petaling Jaya lewat malam tadi, Anwar tentang Muslimat PAS yang dikatakan berjaya menghalau sekumpulan lelaki warga Bangladesh dari tempat mengundi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Anwar juga terdapat satu kes dimana pihak polis telah mengarahkan pemantau pulang kerana ingin membiarkan beberapa bas membawa warga Bangladesh.

“Satu kes di Shah Alam apabila Muslimat Pas berjaya menghalau sekumpulan lelaki warga Bangladesh apabila mereka cuba menghampiri pusat mengundi.

“Lebih dikesalkan apabila ada satu kes di mana pihak polis mengarah pemantau pulang bagi mengaburi taktik mereka membiarkan beberapa bas membawa warga Bangladesh pusat daerah mengundi,”

“SPR gagal kerana membiarkan pendatang asing cuba mengundi. Ia perlu disiasat tanpa sebarang alasan.

“Kita ada fakta kukuh untuk membuktikannya,”

Dalam pada itu, pihaknya sedang mengumpulkan bukti yang secukupnya sebelum mengambil tindakan selanjutnya bagi membawa mereka ke muka pengadilan.

Tambahnya, cubaan melakukan penipuan dalam pilihan raya dapat dilihat dengan jelas apabila seorang warga Bangladesh yang dipercayai pengundi hantu ditahan di Taman Segar, Cheras.

Bagaimanapun pihak polis membawanya pergi.

Facebook Comments
Close