Twitter Sindir Anwar | Azmin Akan Adakan Sidang Media Esok?

Walaupun Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) telah selamat berlangsung pada Ahad lepas, namun cakap-cakap dan bantahan daripada mereka yang mengatakan PRU13 ini tidak adil masih lagi kedengaran.

Jika semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan satu perhimpunan di Stadium Kelana Jaya, Azmin Ali pula melalui Twitternya telah menulis sesuatu yang berbaur sindiran kepada Anwar.

Twitter Azmin Ali

Twitter Azmin Ali

Portal Mstar Online melaporkan Azmin Ali akan tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan sinis itu yang kononnya ditujukan kepada penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman Twitter miliknya Selasa lalu.

Difahamkan beliau akan mengadakan satu sidang media di Hotel De Palma, Ampang dekat sini kira-kira pukul 11 pagi Jumaat (esok).

Malah, timbul khabar angin, Azmin akan meletak jawatan dalam parti itu jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula menjadi menteri besar di Selangor.

Azmin dalam Twitternya pada Selasa lalu turut mempersoalkan kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang berlangsung Ahad lepas.

“Gagal ke Putrajaya, salah siapa? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat.” kata Azmin dalam laman Twitternya.

Beliau turut dilihat mempersoalkan tindakan Anwar mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram Pakatan Rakyat di Stadium Kelana Jaya di sini pada Rabu yang kononnya diadakan bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung keputusan PRU-13 Ahad lepas.

“Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal.

Dalam Twitter miliknya lagi, Azmin turut meminta supaya keputusan rakyat pada PRU-13 diterima.

“Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.

“Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat.

Facebook Comments
Close