Tian Chua | Haris Ibrahim | Tamrin Ghafar | Dibebaskan Pihak Polis

Semalam kita telah mengetahui yang tiga aktivis pembangkang telah ditahan polis. Mereka ialah Naib Presiden PKR Tian Chua yang juga anggota Parlimen Batu, aktivis pembangkang Haris Ibrahim dan anggota Pas Tamrin Ghafar. Penahanan mereka diatas dakwaan menghasut.

Namun pada hari ini, ketiga-tiga mereka telah dibebaskan selepas permohonan reman polis ditolak majistret hari ini.

Tian Chua, Haris Ibrahim, Tamrin Ghafar-. Gambar dari Sinar

Tian Chua, Haris Ibrahim, Tamrin Ghafar-. Gambar dari Sinar

Menurut Sinar Online, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, berhubung ceramah mereka di Dewan Perhimpunan Cina, di sini, pada 13 Mei lepas yang didakwa berbaur hasutan.

Facebook Comments
Close