Sinopsis & Video Trailer Filem Tokak

Filem tokak arahan Sabree Fadzil dan Syarikat Penerbitnya pula ialah Mar Energetic Industries Sdn. Bhd.

Filem bergenre Komedi, Seram ini akan menemui penonton dipawagam-pawagam seluruh negara pada 20 Jun 2013.

Poster filem Tokak

Poster filem Tokak

Durasi keseluruhan untuk filem ini adalah 90 minit.

Sinopsis Filem Tokak

Mengisahkan seorang pengurus hotel bernama Iskandar, yang telah menjumpai sebuah kotak misteri ketika berjoging di tepi pantai.

Apabila Iskandar membuka kotak misteri tersebut, satu roh telah memasuki badannya dan menyebabkan beberapa insiden pelik berlaku di hotel yang diurus olehnya. Pengunjung-pengunjung di hotel tersebut diganggu oleh satu makhluk halus.

Makhluk ini hanya menokak perempuan-perempuan seramai 6 orang yang melakukan maksiat termasuk tunang Iskandar. Ada diantara mereka meninggal dunia akibat ditokak oleh makhluk tersebut. Kemunculan seorang ustaz yang diutuskan untuk mencegah perbuatan itu dan berjaya menyelamatkan tunang Iskandar daripada menjadi mangsa tokak yang terakhir.

Segala kejadian misteri tersebut dapat diselesaikan. Iskandar dapat diselamatkan dan kotak misteri itu dicampak semula ke laut oleh ustaz tersebut. (Kejadian ini berlaku hanya 1 malam sahaja iaitu dari waktu Maghrib sehingga sebelum Subuh)

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • cerita tokak (17)
  • filem tokak (13)
Close