Selamat Jalani Pembedahan | Azizan Masih Belum Sedarkan Diri

Selepas selamat menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kaki, Datuk Seri Azizan Abdul Razak diberitakan masih sedarkan diri.

Azizan yang ketika ini berada di Hospital Pulau Pinang (HPP), selamat menjalani pembedahan itu pada pukul 11.30 malam tadi.

azizan potong kedua-dua kaki

Azizan masih belum sedarkan diri

Menurut akhbar Sinar, Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata bagaimanapun keadaan kesihatan beliau stabil.

“Sehingga pukul 5 petang ini, beliau kini ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi) masih tidak sedarkan diri dan ahli keluarganya masih berbincang bila beliau akan dibawa pulang untuk menyambung rawatan di Kedah,”

Azizan, 69, yang juga pesuruhjaya Pas Kedah dan anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang pada Rabu lepas dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin.

Turut menziarahi beliau Pengerusi Barisan Nasioanal Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Ahmad Bashah berkata kerajaan negeri Kedah akan membantu Azizan membiayai kos perubatannya sepanjang tempoh rawatan beliau.

“Ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri untuk menyalurkan bantuan kepada seorang wakil rakyat dan saya meminta semua surau dan masjid di Kedah mengadakan majlis bacaan doa selamat agar beliau cepat sembuh,”

– Sinar

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • Doa selepas pembedahan (23)
  • doa sebelum pembedahan (19)

Comments are closed.

Close