Kes Sosilawati | N Pathmanabhan & Tiga Pekerja Dihukum Gantung

Akhirnya kematian Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya mendapat pembelaan sewajarnya apabila Makhamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.

Patma dan tiga pekerja ladangnya dihukum mati

Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.

Facebook Comments
Close