Azizan Jalani Pembedahan Esok | Doktor Terpaksa Potong Kaki Elak Kuman

Agak mengejutkan dan sedih juga dengan nasib yang menimpa bekas Menteri Besar Kedah iaitu Datuk Seri Azizan Razak yang diberitakan akan menjalani pembedahan bagi memotong kedua-dua belah kakinya esok.

Menurut berita dari BERNAMA, doktor terpaksa mengambil keputusan ini untuk mengelak jangkitan kuman, kata Setiausaha Akhbarnya Mohd Helmi Khalid.

Azizan jalani pembedahan buang kaki

Azizan jalani pembedahan buang kaki

Azizan, 69, yang juga pesuruhjaya Pas Kedah dan anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin.

“Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan,”

Keadaan beliau yang dilaporkan kritikal semalam kini stabil.

Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang melawat Azizan di Hospital Pulau Pinang, meminta semua umat Islam melakukan solat hajat dan berdoa agar Azizan cepat sembuh.

Turut menziarah, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid dan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close