Anwar Tidak Hadir Di Stadium Sultan Abdul Halim | Penyokong Kecewa

Akibat terkandas di dalam kesesakan lalulintas, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menghadiri Himpunan Pakatan Harapan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim di sini.

Anwar yang difahamkan terkandas di dalam kesesakan lalulintas di Pokok Sena, telah menyebabkan penyokong yang menunggu Ketua Pembangkang itu dari pukul 3 petang, ada diantaranya pulang dengan kecewa.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

Bagaimanapun untuk tidak menghampakan penyokong yang hadir, pihak penganjur menghubungi Anwar bagi mendengar amanatnya menerusi panggilan telefon.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat hadir. Minta maaf kepada semua.

“Pastikan kita semua turun beramai-ramai pada Ahad ini bagi mencapai matlamat untuk tawan Putrajaya,” katanya,”

Setiausaha Politik 1 kepada Anwar, Mohd Shukri Md Saad ketika ditemui berkata Anwar masih terkandas di Tanjong Musang, Pokok Sena selepas menghadiri majlis bertemu rakyat di kawasan Parlimen itu.

– Mstar

Facebook Comments
Close