Adam Adli Ditahan Di Bawah Seksyen 124 Akta Hasutan Hari Ini

Adam Adli melalui Twitter miliknya telah menulis bahawa dia telah ditahan pihak polis di bawah seksyen 124 Akta Hasutan sebentar tadi.

Nama pelajar ini mula dikenali oleh rakyat Malaysia apabila Adam telah menurunkan bendera yang terpapar imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 17 Disember tahun lalu.

Adam Adli ditahan di bawah seksyen 124 Akta Hasutan 18 Mei 2013

Adam Adli ditahan di bawah seksyen 124 Akta Hasutan 18 Mei 2013

Menulis di laman mikro Twitter miliknya, Adam berkata dia ditahan di Bangsar Utama dan sedang dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Adam yang digantung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei.

Facebook Comments
Close