Wan Ahmad Jawab Isu ‘Pengundi Pos Boleh Undi Dua Kali’?

Seperti yang telah diketahui, Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah, Aris Awang, telah mengeluarkan dakwaan yang pengundi pos berkemungkinan boleh undi dua kali. Ini kerana dakwanya jari pengundi pos tidak dicalit dengan dakwat kekal seperti yang akan dilakukan kepada pengundi awal dan pengundi biasa.

Melalui portal Mstar Online, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, menolak sebarang dakwaan dari Aris Awang itu.

Mustahil Pengundi Pos Undi Dua Kali - SPR

Datuk Wan Ahmad Wan Omar

Menurut Wan Ahmad, dakwaan berkenaan berniat jahat dan karut selain sengaja menimbulkan keraguan terhadap suruhanjaya itu.

“Ini semua karut kerana mustahil orang yang layak mengundi pos akan berpeluang mengundi sekali lagi sebagai pengundi biasa.

“Bagi kumpulan yang layak menjadi pengundi pos, nama mereka secara automatik akan dipotong dalam daftar pemilih SPR yang akan digunakan pada hari pengundian biasa. Jadi mana mungkin mereka akan mengundi dua kali,”

Mengulas lanjut Wan Ahmad berkata, setiap nama pengundi berdaftar hanya akan dicetak di salah satu daftar pemilih iaitu sama ada daftar pemilih pengundi pos, pengundi awal ataupun pengundi biasa.

Menyambung kata-katanya lagi, Wan Ahmad menerangkan sustahil berlakunya pertindihan kerana setiap identiti pemilih dikenal pasti melalui 12 digit nombor kad pengenalan masing-masing.

Facebook Comments
Close