Video Ahli Gusti Triple H Alami Melecur Tahap Dua Sewaktu WrestleMania

Ahli gusti terkenal Triple H, telah mengalami kebakaran dan melecur tahap dua ketika berlangsungnya perlawanan WrestleMania hujung minggu ini.

Ahli gusti ini telah membuat penampilan di Stadium Metlife dengan berjalan masuk ke gelanggang dalam satu kepulan asap sebelum terlihat satu bahan putih yang pelik melekat padanya.

Triple H Terbakar Di WrestleMania

Gambar dari Twitter Triple H

Walaupun penonton kehairanan melihat bahan yang melekat pada tubuh Triple H itu, namun tiada siapa pun menyangka yang bahan itu telah menyebabkan kulit Triple H Terbakar kerana ahli gusti itu tetap meneruskan perlawanan pada malam itu.

Sehingglah beberapa hari selepas itu menerusi Twitter peribadi, Triple H telah berkongsikan gambar dan status tentang melecur yang dialaminya pada bahagian perut dan tangan.

Di bawah ini Belalang kongsikan video kejadian malang yang telah menimpa Triple H-

** Dulu-dulu waktu zaman gila tengok gusti, minat gila dengan Triple H ni 🙂

Facebook Comments
Close