Tiga Negeri PR Kedah | Kelantan | P.Pinang Bubar DUN Esok

Seperti yang telah diketahui Datuk Seri Najib Razak secara rasminya telah mengumumkan pembubaran Parlimen kelmarin 3 April 2013. Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam daripada 12 negeri juga dibubarkan semalam.

DUN itu ialah Perak, Perlis, Melaka, Sabah, Terengganu dan Pahang. Hari ini pula DUN Johor dan Selangor telah mengumumkan pembubarannya. Yang tinggal hanya DUN P.Pinang, Kedah dan Kelantan yang memaklumkan akan dibubar selewat-lewatnya esok.

DUN Selangor Bubar Hari Ini, P.Pinang, Kedah, Kelantan Dibubar Esok

Juhar (kiri) menandatangani surat pembubaran DUN Sabah sambil diperhatikan Musa (kanan) di Istana Negeri Sabah, Kota Kinabalu.- Gambar dari Berita Harian

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menandatangani watikah pembubaran DUN Selangor pada 2.30 petang Khamis semasa majlis menghadap di Istana Alam Shah di sini.

Abdul Khalid berkata Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim akan menyerahkan watikah pembubaran itu kepada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)negeri, Khamis.

Sementara itu, pada sidang akhbar bersama di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Tropicana di Petaling Jaya Khamis, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengesahkan DUN negeri masing-masing akan dibubar selewat-lewatnya esok.

Mereka sebelum itu menghadiri perjumpaan pemimpin parti-parti pembangkang yang turut dihadiri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Facebook Comments
Close