Tak Restu Anak Jadi Calon PKR | Ibu Doa Anak Kalah

Akibat tidak merestui anaknya menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), seorang ibu berdoa anaknya akan kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Itulah nasib yang telah menimpa Sitarunishah Ab Kadir yang bertanding menentang penyandang kerusi DUN itu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Bakar Harun.

Ibu Menangis, Berdoa Anak Kalah Kerana Jadi Calon PKR

Sunah Omar (kanan) menangis kerana kecewa dengan anaknya, Sitarunishah Ab Kadir bertanding menjadi calon PKR, DUN Chini. Gambar dari Mstar

Menurut portal Mstar Online, Ibunya Sunah Omar, 61, berkata dia sedih dan kecewa apabila mengetahui anaknya yang selama ini anggota Umno tiba-tiba menjadi calon PKR.

Dalam satu sidang media yang diadakan hari ini, tindakan anak sulung daripada lima beradik itu membuatkan dia dan suaminya, Abdul Kadir Zakaria, 63, kecewa kerana selama ini Umno dan BN banyak membantu masyarakat peneroka di Felda Chini Timur 3 di sini.

“Mula-mula saya sudah dengar khabar angin apabila kalangan jiran menyindir anak saya jadi calon PKR.

Semasa hari penamaan calon di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, saya menggigil menahan kemarahan apabila mengetahui anak saya diumumkan sebagai calon PKR di DUN Chini.

“Saya cukup kecewa dengan tindakan anak saya itu kerana penyandang kerusi tersebut, Datuk Abu Bakar Harun bersama ahli Umno banyak membantu masyarakat peneroka termasuk keluarga saya,”

Sunah yang menyertai Umno sejak berusia 21 tahun dan kini anggota Pergerakan Wanita Umno, Felda Chini Timur 3 berkata anaknya itu yang tinggal di Kuantan bersama suaminya tidak pulang ke rumah di sini sejak empat bulan lepas.

“Dia ada meminta restu saya selepas hari penamaan calon. Saya kata tidak dan berdoa supaya dia kalah di kerusi DUN ini.

“Sepatutnya dia bersyukur kerana kerajaan BN dan Umno telah banyak membantu masyarakat peneroka di sini termasuk keluarga saya,”

“Saya bersama suami serta empat anak lain akan tetap menyokong BN dan saya sanggup turun padang membantu jentera Umno mempertahankan kerusi DUN Chini,”

Sunah berkata suaminya, Ab Kadir yang kini sakit akibat serangan angin ahmar sejak 12 tahun lepas hanya mampu menangis memikirkan tindakan anaknya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close