Sinopsis & Video Trailer Filem Oh Mak Kau (OMK)

Pada 16 Mei 2013 akan datang, sebuah filem dari Star Scope Production Sdn Bhd, di bawah arahan Nurul Ain, bertajuk ‘Oh Mak Kau (OMK)’ akan menemui peminat filem komedi di pawagam-pawagam tanah air.

Membariskan pelawak-pelawak tanah air yang sememangnya terkenal dengan lawak spontan yang kelakar habis seperti Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Yassin, Didie Alias dan Abon. Turut menampilkan pelakon hebat seperti Syamsul Yusof, Wan Maimunah dan Nurul Ain.

sinopsis dan video trailer Oh Mak Kau (OMK)

Poster filem Oh Mak Kau (OMK)

Agak-agak boleh tak filem ini mencatat kutipan pecah panggung? Nak tahu boleh ke tak, jom kita sama-sama baca sinopsis mengenai filem ini terlebih dahulu-

Sam (Jep Sepathu) dan Mun (Shuib Sepahtu) bekerja bersama ibu mereka, Mama San (Wan Maimunah) sebagai peniaga ayam di pasar. Tabiat Sam dan Mun yang suka mencuri mendatangkan masalah dalam hidup mereka. Setiap kali mencuri, adik beradik ini akan menyamar bermacam-macam gaya dan lucunya mereka pasti mengemas tempat tersebut selepas mencuri. Kenakalan dan sikap negatif Sam dan Mun membuatkan Mama San sering memarahi mereka.

Kepulangan Que (Nurul Ain) ke kampung menjadi perhatian Sam dan Mun. Mereka berdua bersaing untuk memikat hati Que. Embun (Didie Alias) dan kumpulan samsengnya ditakuti para peniaga sehingga mereka terpaksa mengikut kehendak Embun. Kehadiran Que juga membuatkan Embun terasa tergugat kerana menganggap Que cuba menentang dan merampas kawasan miliknya. Que ditangkap oleh kumpulan Embun dan dibawa bertemu ketua kumpulan mereka – Lutfan.

Berlakulah pergelutan antara Que bersama kumpulan Embun dan Lutfan. Berjayakah Sam dan Mun menyelamatkan Que? Siapakah sebenarnya Que? Segalanya terjawab dalam filem OMK di pawagam pada 16 Mei 2013.

Dah baca sinopsis filem ini? apa kata jika anda lihat pula trailer filem ini yang Belalang ambil dari Youtube-

 

Apa macam? Rasa-rasa cukup kelakar tak filem ini untuk menghiburkan anda? Kalau ya, jangan lupa untuk menonton filem ini di pawagam berdekatan pada 16 Mei 2013!

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • oh mak kau pelakon (43)
  • pelakon oh mak kau (28)
  • pelakon omk (26)
Close