Sinopsis & Video Trailer Filem KIL

Mula-mula ketika pertama kali Belalang membaca sinopsis filem KIL ini, Belalang rasa seperti agak mengarut jalan ceritanya kerana ia mengisahkan tentang orang yang nak membunuh diri.

Namun apabila menonton video trailer filem ini, rasanya mungkin Belalang patut menonton keseluruhan filem ini sebelum meletakkan pendapat seperti di atas 😉

sinopsis dan video trailer Kil | 30 Mei 2013

Poster filem Kil

Watak utama filem ini telah dilakonkan oleh Redza Minhat sebagai Akil dan Cristina Suzanne Stocktill sebagai Zara.

Di bawah ini Belalang kongsikan sedikit sinopsis ringkas tentang filem ini-

Mengisahkan seorang pemuda bernama Akil yang murung mahu membunuh diri, tetapi tidak berani melakukan sendiri. Percubaan beliau untuk membunuh diri sering gagal sehingga dia menjumpai kaedah yang senang. Sebuah agensi pembunuhan berbayar yang menawarkan khidmat kepada mereka yang ingin membunuh diri.

Di bawah ini pula Belalang kongsikan video trailer filem ini yang diambil dari laman Youtube.

 

Filem arahan Nik Amir Mustapha di bawah produksi Flux Visual Lab ini akan menemui penonton pada 30 Mei 2013.

Nak tahu jalan cerita ni mengarut atau tidak, kena la pergi menonton sendiri di pawawam. Lepas tonton baru boleh komen 🙂

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • pelakon KIL (19)
  • sinopsis filem kil (12)
Close