Sinopsis & Video Trailer Filem Bisikan Syaitan

Filem Bisikan Syaitan arahan pengarah Faizul A. Rashid, bakal menemui penonton pada 2 Mei 2013 ini nanti. Filem bergenre seram ini dijangka akan mendapat sambutan peminat-peminat filem seram tempatan.

Filem ini telah dikalsifikasikan sebagai PG-13 dimana bimbingan ibu bapa atau orang dewasa disyorkan kepada kanak-kanak dibawah 13 tahun.

sinopsis & video trailer bisikan syaitan

Poster Bisikan Syaitan

Nama-nama pelakon yang membintangi filem ini adalah Fizz Fairuz, Nabila Huda, Wan Sharmila, Farrah Nadiah, Azam Pit dan Fiza Elite.

Filem Bisikan Syaitan mengisahkan tentang Soraya (Nabila Huda), Kamil (Fizz Fairuz), Kamalia (Wan Sharmila), Jasmine (Farrah Nadiah) dan Zul ( Azam Pit). Kesempitan hidup memaksa Kamil dan Soraya membuat perjanjian syaitan yang mendesak mereka mengikuti 4 syarat utama. Syarat pertama , Kamil dan Soraya perlu bercerai tetapi mereka masih perlu meneruskan hubungan intim. Kamil kemudiannya berkahwin dengan Iera (Fiza Elite). Tujuannnya untuk menyempurnakan syarat kedua, iaitu mendapatkan uri bayi daripada isteri yang mengandungkan anak sulung daripada benih Kamil .

Selepas menyempurnakan syarat tersebut, Soraya dan Kamil meneruskan syarat ketiga, iaitu membunuh wanita yang melahirkan anak tersebut. Soraya telah membunuh Iera dengan memberikannya ramuan berbisa ( rebusan air kayu yang dicampurkan dengan isi tembikai dan air kelapa serta miang buluh dan serbuk kaca) yang menjadi larangan bagi wanita di dalam pantang. Walaubagaimanapun , selepas Soraya menyempurnakan syarat yang keempat pada 10 tahun kemudian iaitu mengorbankan janin daripada perempuan lain untuk korban pendampingnya, Soraya telah ditangkap Polis.

Sewaktu proses pembelaan kes Soraya, Zul telah menjumpai beberapa bukti secara tidak sengaja yang mengaitkan Soraya dan Kamil sebagai penyebab kematian Iera. Walaubagaimanapun , bukti-bukti tersebut hanya samar dan Zul tidak ada bukti kukuh untuk menuduh Kamil dan Soraya.

Zul hanya mendiamkan dirinya. Soraya disabitkan bersalah dan dihukum sampai mati. Selepas kematian Soraya, Pak Mat (ayah Kamil) telah lumpuh separuh badan dan akhirnya meninggal dunia kerana tertekan diganggu kelibat-kelibat. Anaknya, Jasmine juga diganggu.

Zul juga sering diganggu, dan meneruskan siasatannya sehinggalah dia mengetahui kisah sebenarnya apabila menjumpai surat perjanjian berdarah di antara Soraya dan Kamil.

Di bawah ini pula adalah video trailer filem ini-

Jangan lupa untuk kunjungi pawagam berdekatan dengan tempat tinggal anda untuk menyaksikan filem Bisikan Syaitan.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • bisikan syaitan trailer (11)
Close