PRU13 | Manifesto BN Idea Ciplak Dari PR?

Semalam selepas sahaja habis pembentangan manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) ini, maka ramailah yang berbincang mengenai positif dan negatifnya pembentangan BN.

Ada yang bersetuju dan berterima kasih dengan manifesto yang dipanggil oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘Aku Janji’ memandangkan apa sahaja janji yang dibuat oleh parti BN akan ditunaikan.

manifesto BN ciplak PR?

Barisan Nasional.- Gambar dari Facebook PM Najib

Namun tak kurang juga yang memandang sinis manifesto BN bahkan ada antara isi manifesto itu dkitakan hanyalah idea ciplak dari Pakatan Rakyat. Benarkah begitu?

Memetik Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam akhbar Sinar, manifesto BN jelas menunjukkan sikap tidak bersungguh-sungguh kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat yang sememangnya dihimpit oleh tekanan ekonomi.

“Apabila duit ini disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah, ini bermakna BN akan terus selama-lamanya mengekalkan rakyat Malaysia sebagai rakyat berpendapatan rendah,”

Manifesto BN ciplak PR?

Manifesto BN

Menurut Saifuddin, hasrat kerajaan menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM1,200 kepada rakyat berpendapatan kurang RM3,000 adalah satu usaha ke arah memastikan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.

“Ini berbeza dengan pendekatan Pakatan Rakyat, pendekatan Pakatan Rakyat ialah menyelesaikan masalah struktur ekonomi dan pendekatan untuk melegakan tekanan hidup rakyat yang berupa meningkatnya kos kehidupan,”

Manifesto BN yang bertemakan “Menepati Janji Membawa Harapan” malam tadi antaranya menggariskan penambahan pemberian BRIM bagi setiap isu rumah, baucar buku dan bantuan persekolahan.

BN juga berhasrat menurunkan harga kereta dan mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat-peringkat.

Menurut Saifuddin, tawaran itu adalah idea ciplak yang diambil dari manifesto popular perikatan pembangkang itu.

“Mereka nampaknya tak ada pilihan.

“Mereka mengulangi tawaran yang mereka kata boleh membankrapkan negara tetapi Barisan Nasional kini terpaksa menjilat kembali ludah mereka,”

Apa pula pendapat pembaca sekalian?

Facebook Comments
Close