PM Najib Razak Umum Pembubaran Parlimen 3 April 2013 | PRU13

Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia tiba jua apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini, 2 April 2013.

Perdana Menteri berkata, beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong jam 8.25 pagi ini di Istana Negara, di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Pengumuman Parlimen Dibubarkan 3 April 2013

Pengumuman PM Najib Pembubaran Parlimen. Gambar dari FB Adza Irdawati Adenan.

Beliau kemudian mempengerusikan mesyuarat Kabinet terakhir di Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya, jam 9.30 pagi.

Datuk Seri Najib Razak juga meminta, semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing; kecuali Sarawak berkuat kuasa pada tarikh sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

Sementara itu, empat negeri di bawah pentadbiran pembangkang iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor dilaporkan sepakat membubarkan DUN masing-masing serentak dengan Parlimen.

Setakat ini, hanya DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac 2013 apabila tempoh mandat lima tahunnya berakhir tengah malam sebelumnya, sekali gus mencatat sejarah pembubaran DUN pertama secara automatik di Negara ini.

Pembubaran itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 56(3) yang menyatakan Dewan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.

– BH

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • pembubaran parlimen 2013 (212)
  • pengumuman pembubaran parlimen 2013 (71)
  • pengumuman pembubaran parlimen (67)
  • pembubaran parlimen (11)

Comments are closed.

Close