Pertembungan Calon PKR & PAS Di DUN Sungai Acheh | Anwar Pertahankan Chegubard

Penamaan calon yang berlangsung semalam telah menyaksikan dimana ada calon-calon parti yang tidak mengendahkan amaran dari parti masing-masing supaya akur dengan calon pemilihan parti. Salah satunya adalah pertembungan calon PKR Badrul Hisham Shaharin dan calon PAS Mohd Yusni Mat Piah.

Tindakan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dekenali dengan panggilan ‘Chegubard’ bagaimana pun telah dipertahankan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun mendapat tentangan daripada PAS.

Chegubard di DUN Sungai Acheh

Menurut Anwar pada satu ceramahnya di hadapan penyokong pakatan pembangkang di Kampung Tok Keramat, apa yang berlaku hanyalah salah faham kedua-dua parti ketika mencalonkan wakil masing-masing.

Anwar juga meminta tempoh dua atau tiga hari untuk gabungan parti PR menyelesaikan masalah ini.

DUN Sungai Acheh bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mahmud Zakaria, calon PKR Chegubard dan Mohd Yusni Mat Piah dari PAS.

Pada PRU 2008, Mahmud memenangi kawasan DUN berkenaan dengan majoriti 250 undi mengalahkan calon PKR Dr Azhar Ahmad.

Facebook Comments
Close