Penyanyi Aishah Calon PAS Kerusi Parlimen Jempol?

Sejak kelmarin di blog-blog politik telah mula menceritakan yang penyanyi Aishah yang dikatakan akan bertanding wakili Pas bagi kerusi Parlimen Jempol pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Namun dalam satu laporan akhbar hari ini, Yang Dipertua Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, pihaknya belum mendapat sebarang kesahihan pucuk pimpinan parti menamakan Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin Aishah, 48, sebagai calon bagi kerusi Parlimen Jempol.

Calon Pas: Aishah sudah masuk senarai?

Penyanyi Aishah.- Gambar Sinar Harian

“Kemungkinan esok petang (hari ini) kita ada maklumat mengenai perkara tersebut memandangkan pucuk pimpinan pusat telah memanggil saya ke Ibu Pejabat Pas yang mana saya percaya mereka akan membincangkan perkara tersebut.

“Bagaimanapun, keputusan rasmi mengenai perkara itu akan diberitahu dalam tempoh masa terdekat ini. Begitu juga dengan senarai nama calon di bahagian lain,”

Menurut Mohd Taufek, Pas negeri bersedia menerima sesiapa jua calon yang diputuskan pimpinan pusat.

– Sumber Sinar

Facebook Comments
Close