Penolong Setiausaha I Pemuda Pas Hina Nabi | Mahfuz Tampil Membela

Tentu anda semua dah dengar tentang kenyataan Penolong Setiausaha I Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som di katakan menghina Nabi Muhammad SAW.

Khairul Fahmi telah menulis di Twitter miliknya yang berbunyi “Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan…jahanam UMNO.”

Kenyataan 'Video Seks Nabi' Di Twitter Perumpamaan Yang Disalah Tafsir - Mahfuz

Gambar Twitter hina Nabi diambil dari Utusan

Disebabkan kata-kata itu, Khairul Fahmi telah dikecam pelbagai pihak selepas ada yang telah menyebarkan gambar mengenai kata-katanya itu kepada serata media sosial.

Hari ini, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar telah memberi ulasan mengenai hal itu dengan menganggap apa yang berlaku sebagai perumpamaan yang telah disalah tafsir.

Mahfuz, dalam satu sidang media pada Isnin berkata apa yang ditulis oleh Khairul Fahmi pada 27 Mac lalu adalah bagi menggambarkan ‘kejahatan Umno’.

“Dia (Khairul Fahmi)nak gambarkan Umno itu jahat, bukan dia kata Nabi Muhammad buat benda tak elok.

“Dia nak gambarkan (kejahatan) Umno sampai ke tahap itu. Kalau Nabi Muhammad ada dan lawan Umno, (maka) akan jadi mangsa fitnah,”

Mahfuz juga berkata, berdasarkan bahasa, beliau tidak melihat kenyataan itu sebagai keterlaluan.

“Apa yang keterlaluan? Dia bukan kata Nabi, dia kata kat umno. Kena faham bahasa…itu perumpamaan.

“Kalau perumpamaan pun tak boleh pakai kena beritahu Dewan Bahasa dan Pustaka dan pusat bahasa di universiti-universiti minta buang semua perumpamaan,”

Sementara itu, Khairul Fahmi menerusi Twitternya menafikan dakwaan menghina Nabi Muhamad dan akan memfailkan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia yang dikatakan telah menyalah tafsirkan ‘tweet’ beliau.

– Mstar Online

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • khairul fahmi mat som (11)
Close