Panas! Papa Gomo Bertanding Di Permatang Pauh | Tentang Anwar Ibrahim

Panas! itulah yang boleh Belalang katakan apabila terbaca berita yang dilaporkan oleh Star Online yang blogger kontroversi Papa Gomo akan bertanding atas tiket bebas di Permatang Pauh menentang Anwar Ibrahim.

Hal ini telah diumumkan oleh wakil Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris iaitu Mohamad Rafi Awang Kechik hari ini.

PRU13 | Papa Gomo Bertanding Di Permatang Pauh

Header Blog Papa Gomo

Menurut Mohamad Rafi yang juga Presiden Nadi Rakyat Malaysia, Papa Gomo telah memutuskan untuk bertanding sebagai calon Bebas menentang Anwar.

“Selepas bercakap dengan pelbagai kumpulan dan banyak pihak, saya mahu mendedahkan kesemua salah laku kepada pengundi di kawasannya.

“Kami juga mahu menamatkan kerjaya politik beliau,” kata Mohamad Rafi bagi pihak Papa Gomo pada sidang media di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini.

Jumaat lalu, Anwar mengesahkan akan bertanding mempertahankan kerusi Permatang Pauh.

Facebook Comments
Close