Musa Hassan Nafi Menanggotai Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat

Kelmarin di laman Facebook Belalang ada melihat sekeping gambar Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang didakwa telah menyertai Pakatan Rakyat dan menanggotai Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR).

Namun pada hari ini, Melalui Akhbar Sinar Harian, Musa telah menafikan berita yang telah tersebar itu.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan

Menurut Musa, beliau hanya memberi nasihat keselamatan dari semasa ke semasa apabila diminta oleh parti itu atas kapasitinya berdasarkan pengalaman beliau dalam bidang keselamatan.

Saya hanya diminta untuk beri nasihat keselamatan, jika diperlukan, dan bukan terlibat secara rasmi dalam majlis keselamatan mereka,”

Pakatan rakyat telah melancar MPKPR pada 31 Mac lepas bagi menangani insiden keganasan politik sejak kebelakangan ini.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close