Muktamad! | Azizah Bertanding Atau Tidak Pada PRU13?

Kedudukan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail samada bertanding atau tidak untuk Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) terus menimbulkan persoalan.

Pada awalnya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga suami kepada Dr Wan Azizah telah memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera Rabu lepas.

Wan Azizah bertanding atau tidak PRU13

Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail.-Gambar carian Google

Namun tidak lama selepas itu, Nurul Izzah Anwar menyangkal kebenaran berita itu sambil menyifatkan itu semua sebagai cakap-cakap politik.

“Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan (merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.

“Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga di sini.

Dan yang terbaru, Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali sekali lagi mengesahkan bahawa Presidennya, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak tersenarai untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor mengakui bahawa nama Wan Azizah tiada dalam senarai calon PKR di negeri berkenaan.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah buat kenyataan crystal clear yang sangat jelas bahawa Presiden tidak akan bertanding,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat.

Mengulas lanjut Mohamed Azmin berkata, parti itu lebih memerlukan khidmat Wan Azizah terutama dalam menyertai kempen di seluruh negara bagi mencapai matlamat yang lebih besar iaitu untuk menuju Putrajaya.

“Presiden mempunyai pengaruh yang kuat terutama di kalangan wanita. Parti secara keseluruhannya memerlukan beliau dalam konteks yang lebih besar.

“Jadi mengapa kita perlu sekat Presiden hanya di satu kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) sahaja sedangkan semua pihak di seluruh negara perlukannya?,” katanya.

Facebook Comments
Close