Mesti Baca! Pengalaman Rakyat Malaysia Di Negara Majoriti Syiah

Pada tahun 2010, Belalang pernah kongsikan di dalam blog ini mengenai Syiah. Pada waktu itu keluarnya berita kira-kira 200 pelajar termasuk pensyarah yang menggelar diri mereka Hauzah Ar-Ridha Alaihissalam telah ditangkap kerana mengikut Syiah. Anda boleh membaca kembali tulisan itu dengan klik di sini ==> Ajaran Syiah Di Malaysia.

Kerana entry tersebut, Belalang telah menerima beberapa komen ‘pedas’ yang Belalang percaya datangnya dari mereka yang menyokong Syiah. Komen-komen mereka ini telahpun Belalang buang kerana mereka tidak menggunakan sebarang nama (anonymous).

apa itu syiah? pengalaman rakyat malaysia di negara syiah

Gambar carian Google

Tadi ketika sedang melihat-lihat perkongsian bahan bacaan di laman ping busuk.org, Belalang tertarik dengan satu entry yang bertajuk ‘Pengalaman Rakyat Malaysia yang Pernah Menetap Di Negara Majoriti Syiah’ dari nukeufo89.blogspot.com.

Belalang yakin, rata-rata rakyat Malaysia yang beragama Islam di Malaysia ini masih lagi samar-samar apa itu Syiah sebenarnya. Tak hairanlah hinggakan ada pelajar yang terang-terangnya mengakui dia pengikut Syiah di Facebook. Siap bangga lagi, malah pelajar ini turut mengakui seorang Mursyidul terkenal di Malaysia pun tahu dia berpegang pada Syiah namun tidak dimarahi oleh Mursyidul tersebut.

Anda baca sendiri pengalaman yang telah dikongsikan oleh seorang pemilik akaun laman sosial Facebook ini. Pengalamannya berada di negara majoritinya pengikut Syiah, Lebanon (Lubnan)-

apa itu syiah? pengalaman rakyat malaysia di negara syiah

apa itu syiah? pengalaman rakyat malaysia di negara syiah

Belalang harap, anda yang membaca blog ini faham akan bahayanya mereka yang mengikut Syiah ini. Sebar-sebarkanlah kepada sahabat-sahabat kita agar tiada yang terpesong ke jalan ini.

Sebelum Belalang akhiri tulisan ini, Belalang jemput anda untuk membaca tulisan-tulisan mengenai Syiah yang Berada dalam blog http://nukeufo89.blogspot.com ini. Banyak sekali info dan maklumat mengenai Syiah yang sesat itu di sini.

Semoga bacaan ini bermanfaat kepada anda 🙂

Facebook Comments
Close