MasterChef Selebriti Musim 2 | Nama-nama 19 Peserta

Semalam Astro telah mengumumkan 19 nama-nama selebriti yang akan memulakan cabaran dalam MasterChef Selebriti Musim 2. Belalang rasa pemilihan peserta kali ini memang menarik sekali.

Memetik laporan dari akhbar Sinar, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, pemilihan peserta dibuat berdasarkan kemahiran memasak.

Che Ta, Zain Saidin antara peserta MasterChef Selebriti Musim 2

Barisan peserta MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua.

Antara dua peserta yang dijangka akan mencuri hati penonton adalah pasangan Rozita Che Wan atau Che Ta dan Zain Saidin.

“Kami lihat kemahiran yang mereka ada. Walaupun tak banyak, kena ada sedikit kemahiran memasak itu.

“Kami memerlukan mereka (peserta) yang betul-betul ada karakter yang diperlukan,”

“Kami tidak pilih berdasarkan kontroversi mereka (Che Ta dan Zain Saidin). Pihak kami memang nak pilih Zain dan Che Ta.

“Keputusan pemilihan mereka sudah dibuat hujung tahun lalu,”

MasterChef Selebriti Musim Kedua ini bakal ditayangkan bermula 20 April setiap hari Sabtu hingga Selasa di saluran Astro Ria.

Masih mengekalkan konsep yang sama dengan musim pertama, peserta akan diuji daripada aspek kebolehan memasak, kreativiti serta ketahanan fizikal dan mental di dapur.

Ekoran mendapat sambutan yang menggalakkan pada musim pertama, Astro telah menambah bilangan peserta dan episod program tersebut.

Sebelum ini hanya 16 peserta yang terlibat, namun kali ini seramai 19 peserta bakal bersaing di dapur MasterChef.

Di bawah ini adalah senarai penuh 19 peserta yang terpilih untuk MasterChef Selebriti Musim 2-

1.Pengarah, Michael Ang
2.Pelakon, Sharifah Shahora
3.Pelakon, Kenchana Devi
4.Pelakon, Norish Karman
5.Penyanyi, Cat Farish
6.Pelakon, Syanie Hisham
7.Pengacara, Celina Khor
8.Pelakon, Lydiawati
9.Pelakon, Enot
10.Pelakon, Zain Saidin
11.Pelakon, Rozita Che Wan
12.Datuk Aznil Nawawi
13.Penyanyi, Sabhi Sadhi
14.Pelawak, Sathiya
15.Penyanyi, Syura
16.Penyanyi, Radhi OAG
17.Pelakon, Yassin Yahya
18.Pelakon, Afiq Muiz
19.Penyanyi, Keroz Nazri

Facebook Comments

Comments are closed.

Close