Kesilapan Doktor Sebabkan Bayi Terima Darah HIV

Doktor tersalah pindah darah tercemar? Belalng paling tak gemar kalau perkara sebegini berlaku. Tak pasal-pasal kita yang sihat ni dapat penyakit paling merbahaya, HIV. Seorang bayi perempuan berumur 16 bulan dari Saint Petersburg, Rusia dijangkiti virus HIV akibat menerima darah tercemar.

Hal ini telah disahkan oleh pasukan penyiasat di sana, kelmarin. Puncanya adalah daripada kecuaian doktor.

Bayi terima darah dicemari HIV

Jawatankuasa Penyiasat Saint Petersburg memaklumkan insiden tidak sengaja itu dilaporkan berlaku di sebuah hospital kanak-kanak bandar tersebut.

Difahamkan, bayi digelar Daniella itu mengalami radang peritoneum (membran yang melapik rongga abdomen) sehingga menyebabkan proses pemindahan darah terpaksa dilakukan selepas doktor gagal mengesan bahawa mangsa telah tertelan enam magnet.

Bayi malang itu kini terpaksa menjalani rawatan antiretrovirus untuk jangka masa panjang.

Janganlah perkara begini berlaku dalam hidup kita. Tak sanggup nak terimanya 🙂

Facebook Comments
Close