Kamilia Ibrahim Tanding Bebas | Letak Semua Jawatan Dalam UMNO

Seperti yang telah diketahui, pagi tadi berlangsungnya penamaan calon bagi parti-parti yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU-13) kali ini.

Antara perkara yang Belalang rasa menarik perhatian pada penamaan calon hari ini ialah Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang secara tiba-tiba telah bertanding atas tiket bebas.

kamilia ibrahim

Hal ini telah mengejutkan banyak pihak terutama sekali parti UMNO. Malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melahirkan rasa kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh Kamilia itu.

Kamilia telah meletakkan kesemua jawatannya dalam UMNO dan menyebabkan beliau secara automatik dipecat daripada Umno.

Kamilia akan menentang calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Khalil Idham Lim daripada Pas.

Sebelum ini, Kamilia pernah menyuarakan kekecewaannya kerana BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13.

Menjawab perkara itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kamilia telah menolak tawaran bertanding bagi kerusi Dun Bukit Chandan kerana mahu bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • kamilia ibrahim (23)
  • datuk kamilia ibrahim (13)
Close