Hip-Hoppin Asia (8TV) & Switch Off (TV9) Raih Kemenangan Dalam Anugerah Televisyen Chicago

Rancangan Hip-hoppin Asia dari 8TV dan rancangan Switch Off dari TV9 telah menerima pengiktirafan pada Festival Filem Antarabangsa Chicago, Amerika Syarikat ke-49 pada Rabu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Ahmad Izham Omar dalam satu kenyataannya kepada mStar Online di sini pada Jumaat berkata, kemenangan itu adalah penghormatan besar bagi saluran berkenaan dalam menghasilkan karya penerbitan yang terbaik untuk penonton.

8TV & TV9 Raih Kemenangan Dalam Anugerah Televisyen Chicago

“Saya berbangga dengan bakat-bakat muda di 8TV dan TV9 yang sentiasa menyumbangkan idea-idea segar dan inovatif untuk menghasilkan kandungan yang terbaik.

“Saya percaya pencapaian ini menjadi inspirasi besar bagi kami untuk terus menghasilkan rancangan-rancangan berkualiti yang boleh dinikmati oleh penonton di seluruh dunia,”

Hip-Hoppin Asia, sebuah rancangan travelog berunsur hip-hop yang dihoskan oleh penyanyi Joe Flizzow itu memenangi Anugerah Perak dalam kategori Travel Series.

Sementara itu, Switch Off, sebuah rancangan berbentuk game show terbitan TV9, telah dianugerahkan Sijil Merit dalam kategori Game Show Series.

Anugerah Televisyen Festival Filem Antarabangsa Chicago adalah satu pertandingan televisyen antarabangsa tahunan yang mengiktiraf rancangan-rancangan dan iklan-iklan televisyen dari seluruh dunia.

Facebook Comments
Close