Gambar Keadaan Banjir Kilat Di George Town Pulau Pinang 6 April 2013

Hujan yang melanda di beberapa kawasan di utara tanah air termasuk Pulau Pinang telah menyebabkan George Town dilanda banjir. Banjir ini telah disifatkan sebagai yang terburuk dalam tempoh lima tahun.

Banjir yang berlaku telah menyebabkan kesesakan trafik dan bot terpaksa digunakan untuk membantu orang ramai yang terperangkap di kawasan itu.

banjir kilat George town penang

Keadaaan di salah satu kawasan yang dilanda banjir kilat.- Gambar Mstar Online

Antara jalan-jalan yang ditenggelami air ialah Jalan P.Ramlee, sebahagian Jalan Perak, sebahagian Jalan Masjid Negeri, Jalan Makloom, Kampung Makam, Jalan Sungai Pinang, Jalan Anson dan Jalan Patani.

banjir kilat George Town penang 6 april 2013

Gambar dari carian Internet

Menurut Pegawai Bencana dan Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Timur Laut, Maxwell Panchai berkata, di sesetengah kawasan, air naik sehingga 1.76 meter mengakibatkan ratusan kenderaan terperangkap dalam kesesakan hampir tiga jam dan lebih 300 keluarga terjejas akibat banjir ini.

banjir kilat di George Town Penang 6 April 2013

Ain Nadhirat Kamal,10, (kanan) dan adiknya Aminah Tul, 8, (kiri) bersama rakannya Ainah Natifah Abdullah, 8, mengangkat tong gas selepas rumah mereka dinaiki banjir kilat di Jalan Perak di sini hari ini. Bagaimanapun tidak ada sebarang pemindahan mangsa dilakukan. Keadaan banjir setakat ini sudah mulai surut. -fotoBERNAMA

Katanya hujan diramal berterusan sehingga esok dan air dijangka naik sehingga 2.29 meter petang ini, namun setakat ini tiada arahan pindah dikeluarkan.

banjir kilat di George Town Penang 6 April 2013

Gambar dari carian Internet

Beliau berkata 30 anggota JPAM bersama dua buah lori dan sebuah bot digegaskan di laluan yang ditenggelami air bagi membantu orang ramai keluar ke jalan besar.

banjir kilat di George Town Penang 6 April 2013

Gambar carian internet 6 April 2013

– BERNAMA

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • banjir di penang 2013 (12)
  • banjir kilat di georgetown (10)
Close