Diserang Angin Ahmar | Calon PAS Zulkefly Mohamad Omar Masuk ICU

Agaknya mungkin keletihan berkempen, Calon PAS Zulkefly Mohamad Omar telah dikejarkan ke hospital apabila disahkan diserang angin ahmar.

Zulkefly Mohamad, 49, Calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Lenggeng, kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Calon Pas Dun Lenggeng masuk ICU akibat angin ahmar

Gambar dari Sinar

Menurut akhbar Sinar Harian, Ketua Pemuda Pas negeri Mohd Khairil Anuar Wafa yang telah mengesahkan hal ini. Bagaimana pun Mohd Khairil tidak pasti hospital mana dan bila Zulkefly Mohamad dimasukkan ke hospital berkenaan.

Zulkefly Mohamad menghadapi saingan tiga penjuru bersama calon Barisan Nasional Datuk Ishak Ismail dan seorang calon bebas Zulkifli Abdullah.

Facebook Comments
Close