Datuk Saharuddin Ibrahim | Timbalan Ketua Pengarah Kastam Maut Ditembak

Berita yang pasti menggemparkan kita semua apabila Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Saharuddin Ibrahim maut selepas ditembak dari jarak dekat, Jumaat hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku pada kira-kira pukul 8.15 pagi dan kitakan dilakukan oleh penyerang yang tidak dikenali.

Gambar Datuk Saharuddin Ibrahim Timbalan Ketua Pengarah Kastam

Mangsa 58, yang tinggal di Dengkil, Selangor, dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Putrajaya dan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan, datang dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata tembakan yang dilepaskan itu mengenai bahagian leher ke atas dan Shaharuddin dikejarkan ke Hospital Putrajaya oleh pemandunya.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Maut Ditembak

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah Ditempat kejadian

Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 9.20 pagi.

Ku berkata siasatan polis mendapati Shaharuddin ditembak menggunakan pistol automatik.

Polis akan meneliti kesemua bahan bukti termasuk kamera litar tertutup di kawasan itu, katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Maut Ditembak

Polis lakukan sekatan jalan raya di tempat kejadian

Polis turut menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu untuk menghubungi talian 03-21159999.

Lokasi insiden iaitu di Lebuh Sentosa-Lebuh Wawasan kini dikawal ketat polis dan beberapa unit polis forensik turut kelihatan untuk mencari bahan bukti.

Belalang harap tiada yang segera menuduh mana-mana pihak atau membuat spekulasi mengenai kes ini. Biarlah pihak polis yang menangi kes ini. Kita berdoa semoga si penjenayah akan segera diberkas pihak polis

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • Datuk Saharuddin Ibrahim (27)

Comments are closed.

Close