DAP Sepakat Hampir Semua Perkara Dalam PR Kecuali Negara Islam & Hudud

Isu perlaksanaan hudud antara Pas dan DAP sering kali menjadi perhatian memandangkan dua daripada tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR) sering tidak seiring dalam isu ini.

Memetik kata-kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam portal Mstar Online hari ini, DAP sepakat dengan PR dalam hampir semua perkara kecuali penubuhan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

DAP Sepakat Semua Perkara Dengan PR, Hudud 'Letak Sebelah' - Guan Eng

Menurut Lim Guan Eng, setiap parti dalam PR mempunyai pendirian masing-masing dan dalam masa yang sama tidak menolak wujudnya perbezaan pendapat.

Lim Guan Eng telah menyatakan pendapatnya itu pada satu majlis minum petang di Ipoh, Sabtu.

“Kita tak nafikan PAS-DAP ada pendirian masing-masing dan kita tak nafikan ada perbezaan. PAS mahu perjuangkan hudud tapi kita DAP ada pendirian kita…kita tak setuju.

“Biarkan kami bersama-sama memperjuangkan isu-isu semasa yang telah disepakati,”

“Kita setuju 95 peratus, lima peratus kita tak setuju. Apa yang kita tak setuju kita letak sebelah,”

Antara yang disepakati DAP ialah untuk menghapuskan rasuah, menuntut kebebasan, keadilan, demokrasi, kebenaran dan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Facebook Comments
Close