DAP & PKR Tak Tentang PAS Sebab Itu Bekerjasama – Hadi Awang

DAP & PKR tak tentang PAS, sebab itu boleh bekerjasama. Demikian penjelasan yang diberikan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap melancarkan manifesto pakatan ketiga-tiga parti itu di Kedah di Kompleks Pas Batu 9, dekat sini malam tadi.

Kata Hadi, Pas memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana kedua-dua parti itu tidak menentangnya berbeza dengan UMNO yang menolak pelaksanaan hukum Islam.

Hadi Awang: Pas kerjasama dengan PKR, DAP kerana tidak menentangnya

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.- Gambar dari Sinar

“Umno menolak pelaksanaan hukum Islam yang kita (Pas) mahu.

Kita tidak akan bekerjasama dengan syaitan. Oleh kerana DAP tidak menentang kita, lebih baik kita bekerjasama dengan mereka dan PKR,”

Ditanya pemberita adakah adakah perkataan yang disebut Hadi merujuk kepada UMNO, Hadi berkata-

“Itu kena tanya (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad). Saya hanya mengulangi amanat Tun Dr Mahathir.”

Abdul Hadi mendakwa Umno tidak memahami konsep negara berkebajikan yang hendak dilaksanakanya apabila parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan PKR.

Katanya konsep itu lebih luas dan berlainan dengan yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu memberi bantuan kepada fakir miskin, membina rumah orang susah dan subsidi tertentu.

Beliau berkata negara berkebajikan Pas meliputi pemberian susu percuma untuk anak baru lahir, rawatan dan subsidi.

Katanya Pas telah 99 peratus memuktamadkan pemilihan calon untuk di 76 kawasan dalam PRU13 dan nama mereka akan diumumkan bila-bila masa sahaja.

Facebook Comments
Close