400 lagi askar Sulu tiba di Sabah? | Benar Atau Perang Psikologi Kiram?

400 lagi askar Sulu dikatakan telah mendapat ke Sabah antara 30 Mac dan 5 April? Begitulah dakwaan jurucakap Kiram, Abraham Idjirani.

Seperti yang ditulis akhbar Sinar, ketibaan 400 pejuang sukarela dikatakan bagi mengukuhkan lagi legasi pasukan keselamatan diraja.

Kiram: 400 lagi askar Sulu tiba di Sabah

“Mereka mahu meneruskan perjuangan pengikut Kiram yang lain di Malaysia walaupun terpaksa melanggar peraturan hak asasi Malaysia,”

Sebagai info, sehingga kini Agbimuddin Kiram menjadi buruan pasukan keselamatan Malaysia.

Belalang harap apa yang disampaikan oleh jurucakap Kiram ini hanyalah sebagai menakut-nakutkan kita semua. Belalang percaya pasukan keselamatan kita tentu tidak akan membiarkan lagi penceroboh sewenang-wenangnya membolosi kedaulatan negara.

Facebook Comments
Close