Video Highlight Malaysia 2-1 Yaman 22 Mac 2013

Syabas dan tahniah di atas kejayaan yang dikecapi pasukan bola sepak Malaysia malam ini apabila berjaya menewaskan skuad Yaman dengan keputusan 2-1 di Stadium Shah Alam.

Pasukan Malaysia terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pasukan pelawat pada minit ke 11′ hasil dari satu percubaan luar kotak penalti oleh Aiman Saleh Abd Al-Hagri.

Gambar dari Facebook Astro Arena

Malaysia yang tersentak dengan jaringan itu, terus menerus mengasak ke pintu gol Yaman bagi mencari gol penyamaan. Hasilnya pada minit ke 26′ Azzamuddin Mohd Akil menjaringkan gol penyamaan.

Babak kedua pula memperlihatkan penguasaan Malaysia di setiap sudut. Gol kedua Malaysia dihasilkan oleh pemain gantian iaitu Mohd Khyril Muhyameen Zambri pada minit ke 75′

Di bawah adalah video penuh gol-gol yang terhasil pada perlawanan malam ini-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *