Video Highlight Malaysia 1-4 Arab Saudi 17 Mac 2013

Pasukan bola sepak Malaysia tewas kepada pasukan pelawat Arab Saudi dalam aski persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam sebentar tadi. Malaysia tewas 1-4 kepada Arab Saudi.

Separuh masa pertama dapat kita saksikan sebahagian besar permainan dikuasi oleh Arab Saudi. Malah hampir tiada langsung percubaan dari Harimau Malaya. Separuh masa pertama berakhir dengan Malaysia ketinggalan 0-2.

highlight malaysia 1-4 Arab Saudi 17 Mac 2013

Pemain Arab Saudi, Salem Aldawsari diberi tentangan pertahanan Malaysia (jersi kuning) pada perlawanan persahabatan diantara Malaysia dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam pada malam Ahad. -Foto BERNAMA

Masuk babak kedua, K.Rajagobal menggantikan beberapa pemain termasuk mengeluarkan ‘Piya’ menggantikan Safiq Rahim. Ternyata perubahan beberapa pemain itu berjaya mengubah rentak permainan Malaysia hingga menyaksikan beberapa percubaan berjaya dilakukan pasuka negara.

Minit ke 70′ menyaksikan Safiq Rahim berjaya menjaringkan gol pertama Malaysia menerusi satu sepakan deras diluar kotak penalti. Sebelum itu, Safiq juga hampir menghadiahkan gol awal kepada penyokong Malaysia menerusi satu tendangan percuma yang hampir membuahkan gol.

Namun, ternyata Arab Saudi berada pada kelasnya tersendiri apabila menamatkan separuh masa kedua dengan menambah dua lagi koleksi gol menjadikan semuanya 4 gol.

Di bawah adalah video highlight gol-gol yang terhasil pada perlawanan ini-

</>

Facebook Comments
Close