Sultan Sulu Jamalul Kiram III Umum Genjatan Senjata

Akhirnya Jamalul Kiram III yang mengaku dirinya sebagai Sultan Sulu mengumumkan genjatan senjata di pihaknya dan berharap Malaysia juga akan turut melakukan perkara yang sama.

Memetik laporan dari Mstar Online, katanya (Jamalul Kiram III), langkah itu diambil susulan permintaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam.

Sultan Sulu Umum Gencatan Senjata Sebelah Pihak

Jamalul Kiram III

“Sultan (Jamalul Kiram III) mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak bagi pihak Kesultanan Sulu bermula pukul 12.30 tengahari Khamis,” kata jurucakap Ibrahim Idjirani, menurut ABS-CBNnews.com.

Idjirani berkata, meskipun gencatan senjata diumumkan tindakan mempertahankan diri akan diteruskan jika terus diserang.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close