Sinopsis & Video Trailer Filem Langgar – 11 April 2013

11 April 2013 ini akan bermulanya tayangan bagi filem aksi yang ala-ala KL Gangster Belalang rasa, iaitu filem Langgar.

Filem Langgar di bawah produksi Tayangan Unggul Sdn. Bhd dan arahan pula di bawah Sein Ruffedge. Skrip filem ini pula ditulis oleh Pierre Andre.

sinopsis dan video trailer filem langgar

Poster Filem Langgar

Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Hans Isaac, Adi Putra, Khir Rahman, Natasha Hudson, Namron, Zul Huzaimy dan Bell Ngasri.

Melihat pada trailer filem ini, Belalang rasa filem ini mampu meninggalkan kesan mendalam kepada peminat filem aksi sebagai mana filem KL Gangster.

Mari kita baca sinopsis filem Langgar ini di bawah-

Langgar mengisahkan Nizam (Adi Putra) yang ingin menuntut keadilan berikutan kematian isterinya. Aina (Nadia Heng) yang sarat hamil anak sulung dirogol dan dibunuh oleh sekumpulan gangster. Nizam ingin mencari darah sebagai galang gantinya.

Dia kemudian diperkenalkan kepada Radzi (Namron) oleh Khairul (Bell Ngasri), seorang teman lamanya. Setelah diuji oleh Loy (Zulhuzaimy) iaitu orang kanan Radzi, Nizam layak menyertai mereka. Radzi juga berurusan dengan Jimi (Hans Isaac), seorang pengedar dadah yang mempunyai empayar di beberapa buah negara Asia Tenggara.

Amanda (Natasha Hudson) merupakan kekasih kepada Radzi dan juga seorang penagih dadah.

Di bawah ini pula Belalang sertakan video trailer untuk filem ini-

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • pelakon langgar (251)
  • pelakon filem langgar (196)
  • filem langgar (78)
  • langgar 2013 (54)
  • sinopsis langgar (49)
  • langgar pelakon (47)
  • sinopsis film langgar (39)
  • Sinopsis filem langgar (28)
  • langgar sinopsis (26)
  • pelakon langgar movie (19)
Close