Ops Daulat Hari Ke-2 | 6 Mac 2013 | Seorang Tentera Sulu Ditembak Mati

Ops Daulat di Lahad Datu Sabah diteruskan lagi pada hari ini selepas pihak keselamatan mendapati masih ada saki-baki pengikut Sultan Sulu itu yang dikatakan telah berpecah ke beberapa arah.

Dalam perkembangan pagi ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang pengganas Sulu ditembak mati dalam operasi menggeledah di Kampung Tanduo kira-kira pukul 6.45 pagi Rabu.

Seorang anggota kumpulan ceroboh terbunuh di Lahad Datu

Kejadin itu berlaku apabila pasukan polis dan tentera yang meneruskan operasi susulan dan penggeledahan ditembak oleh kumpulan pengganas itu, sebelum pasukan keselamatan membalas tembakan.

Bagaimana pengganas yang ditembak itu sempat dibawa lari oleh rakan-rakannya yang lain.

Ketua Polis juga mengesahkan kumpulan penceroboh kini menyamar dengan berpakaian seperti orang awam untuk melepaskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan.

Ismail sekali lagi menasihatkan penduduk di kawasan sekitar agar berhati-hati dan dapatkan apa-apa maklumat di pos taktikal pasukan keselamatan dan balai polis berdekatan.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • ops daulat (42)
Close