Ops Daulat 10 Mac 2013 | 2 Anggota PGA Cedera | Bertempur Selama 6 Jam

Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dilpaorkan tercedera dalam satu siri berbalas tembakan dengan penceroboh Sulu di Kampung Tanjung Batu. Pertempuran yang bermula pada pukul 8 malam itu berlarutan sehingga pukul 4 pagi.

Menurut akhbar-akhbar tempatan, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata dalam pertempuran selama enam jam itu, dua anggota dari PGA Miri masing-masing berusia 25 tahun, cedera di bahagian betis dan peha.

2 Anggota PGA Cedera Bertempur Pengganas Sulu

Datuk Hamza Taib.- Gambar Mstar Online

Anggota yang tercedera itu dibawa ke Hospital Dutchess Of Kent, Sandakan, untuk menerima rawatan lanjut.

Datuk Hamza juga berkata, perkembangan terbaru ini menunjukkan kumpulan militan tidak berhasrat menyerah diri atau melakukan gencatan senjata seperti yang dilaporkan media Filipina.

Sejak pencerobohan 12 Februari lepas, lapan anggota polis terkorban, dua daripadanya gugur dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Simunul, Semporna sehari kemudian.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • opp daulat (16)
Close